SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

CONTOH DADAH & DADAH POPULAR

 

Jenis-jenis dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yang sama.

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .

Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. 

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yang melampau. Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman dengan gejala penyakit mental.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah:

  • Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
  • Serbuk Kaca Kalimantang
  • Pencuci lantai
  • Klorox
  • Ubat Nyamuk
  • Abu tulang manusia yang dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut. 

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak. 

Kesan Pil kuda:

  • Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
  • Halusinasi – melihat atau mendengar sesuatu yang tak wujud
  • Delusi – kepercayaan pada sesuatu yang tak logik seperti percaya mampu terbang
  • Meth mouth –kerosakan pada gigi
  • Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
  • Sawan,tegang otot,menggeletar

MAKSUD DADAH

 

Dadah dan anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. 

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. 

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. 

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

DADAH DARI SEGI AGAMA

 

Dadah menurut pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. 

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : 

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. 

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : 

“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan:

  1. Pembuatnya
  2. Pengedarnya
  3. Peminumnya
  4. Pembawanya
  5. Pengirimnya
  6. Penuangnya
  7. Penjualnya
  8. Pemakan wang hasilnya
  9. Pembelinya
  10. Pemesannya

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

  • Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  • Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  • Menjual beli dadah.
  • Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

CIRI - CIRI DADAH

 

Dadah dan ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen

BAHAYA MEROKOK

 Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Kanak-kanak adalah permata hati kita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjamin keselesaaan dan kesihatan kanak-kanak. Di antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah keapda asap rokok adalah;

  • Jangan merokok di dalam rumah/kereta yang mempunyai kanak-kanak
  • Jangan pegang kanak-kanak tanpa membasuh tangan selepas menghisap rokok
  • Jangan dukung kanak-kanak selepas menghisap rokok. Mendukung kanak-kanak hanya boleh dilakukan selepas mandi dan menukar baju selepas menghisap rokok.
  • Jangan merokok dihadapan kanak-kanak. Perkara ini bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepad bahaya asap rokok malah mendedahkan kanak-kanak kepada tingkahlaku yang tidak sihat.
  • Jangan meneruskan tingkahlaku merokok jika kanak-kanak kerap sakit. Tunjukkan rasa tanggungjawab kepada kanak-kanak.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

  • Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersebut.
  • Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang sempurna
  • Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan ereksi.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda. 

Merokok Mengakibatkan Strok

  • Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah
  • Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

Oleh itu, anda seharusnya;

  • Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Lakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian.
  • Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif.
  • Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah  faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Sayangkan Jantung Anda

Oleh itu, anda seharusnya;

  • Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Jauhkan diri daripada asap rokok basi
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
  • Sentiasa berfikiran positif

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Punca penyakit adalah asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Asap rokok . Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kanser paru-paru

  • Berhenti merokok atau jangan mula merokok.
  • Elakkan diri daripada perokok
  • Elakkan pergi ke tempat-tempat yang boleh mendedahkan anda kepada asap rokok basi
  • Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal dan berfikiran positif

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.


Cara-Cara Untuk Berhenti Merokok

Saya ambil maklum bahawa anda bertanyakan jika penggunaan vape dapat mengurangkan ketagihan terhadap rokok biasa. Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk menjelasakan kaedah sebenar untuk berhenti merokok melalui kaca mata perubatan. Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa penggunaan vape tidak berupaya untuk menghilangkan ketagihan kerana ia juga mengunakan penggunaan nikotin yang disedut seperti rokok dan juga ia hadir dalam pelbagai bentuk bahan kimi yang tidak terkawal yang mana mengundang kepada variasi kesan sampingan.

  • Seseorang hendaklah memeiliki kesedaran bahawa beliau ingin untuk berhenti merokok. Setelah itu, anda boleh untuk pergi ke mana-man klinik kesihatan terdekat iaitu ‘Klinik Berhenti Merokok’. Di situ anda akan diberikan penjelasan berkenaan dengan program berhenti merokok yang merangkumi pakar farmasi, doktor, jururawat, pakar pemakakan dan juru kaunseling. Objektif klinik ini adalah seperti berikut:
  1. Rehabilitasi Fizikal
  2. Rehabilitasi Mental
  3. Rehabilitasi Pemakanan
  4. Program Pencegahan & Berhenti Merokok
  5. Promosi Kempen Cara Hidup Sihat
  • Anda akan menjalani sesi kaunseling secara berkala bersama dengan pakar farmasi dan juga juru kaunseli
  • Mengikut tahap ketagihan seseorang, ubat juga akan ditawarkan iaitu Terapi Gantian Nikotin yang hadir dalam bentuk pelekat ataupun gula-gula getah. Selain itu terdapat juga ubat yang tidak berasaskan nikotin iaitu Varenicline.

Ketagihan Permainan Dalam Talian (Game Online Addiction)


Ketagihan Permainan Dalam Talian (Game Online Addiction)




Ketagihan permainan ialah keadaan atau tingkah laku seseorang yang dilakukan secara berulang-ulang, berlebihan atau terpaksa dalam bermain permainan selama lebih daripada 3 jam sehari atau 35 jam seminggu yang menyebabkan individu tersebut menjadi tidak terkawal, sentiasa berfikir, dan tidak terkawal. dilakukan untuk mendapatkan kepuasan tertentu sehingga pada akhirnya berpotensi menimbulkan dampak negatif, baik fisik maupun psiko-rasional.