SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Jom Hidup Sejahtera Tanpa Dadah, 7 Tips Hidup Sihat Cara Nabi Muhammad SAW

 

Jom Hidup Sejahtera Tanpa Dadah, 

7 Tips Hidup Sihat Cara Nabi Muhammad SAW 



Assalamualaikum dan  Salam sejahtera.  Moga anda semua dipayungi dengan rahmah dan kasih sayang Allah SWT. Sedikit perkongsian untuk kita bersama pagi ini. Islam amat menitikberatkan kesihatan. Dan, sudah tentu orang yang paling sihat di dunia ini ialah Rasulullah SAW. 

Tips menjaga kesihatan mengikut gaya Nabi Muhammad SAW patut kita ikuti.

 Dalam menjalani kehidupannya, Nabi Muhammad SAW hanya mengalami kesakitan dua kali iaitu ketika diracun oleh Yahudi dan ketika hampir kematiannya. Nabi Muhammad SAW sentiasa kelihatan sihat dan cergas kerana dia pandai menjaga kesihatan, seperti mengawal pemakanan, tidur, dan senaman.

7 Tips Hidup Sihat Cara Nabi Muhammad SAW Rasulullah SAW






7 Tips Hidup Sihat Cara Rasulullah

1. Makanan Halal dan Thoyyib

Memilih makanan yang halal dan toyyib. Pengambilan makanan halal sepatutnya dilakukan oleh orang Islam. Kerana, Allah SWT pasti melarang umat-Nya memakan yang haram kerana tidak baik untuk tubuh dan Nabi Muhammad SAW mentaati perintah-Nya.

Allah SWT berfirman dalam QS. An-Nahl ayat 114 yang artinya:

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah."

2. Tidak makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang.

3. Mengunyah makanan sehingga 32 kali.

4. Istiqamah puasa sunat.

5. Menjaga kebersihan (gigi, kuku, rambut dll).

6. Tidur lebih awal bangun lebih awal

Gaya hidup sihat selalu diterapkan oleh Nabi Muhammad SAW, termasuk dalam mengatur pola tidur. Kebiasaannya Nabi Muhammad SAW tidak berjaga malam dan lebih suka tidur sekitar jam 9 malam atau selepas solat Isyak, kemudian bangun pada sepertiga malam terakhir.

7. Rasulullah SAW hampir tidak pernah marah.

Mungkin anda akan keliru, kenapa tips ini untuk Nabi Muhammad SAW dalam menjaga kesihatan?
Nah, ternyata tidak mudah marah boleh memberi kesan kepada kesihatan badan. Nabi Muhammad SAW pernah menasihati salah seorang sahabat sebanyak tiga kali iaitu “jangan marah”.
Ini menunjukkan bahawa hakikat kekuatan manusia terletak pada kebersihan jiwa.

Banyak lagi sunnah Rasulullah yang dapat membuatkan tubuh kita sihat. Jom kita kongsikan di ruangan komen...

No comments: