SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

KESAN DADAH KEPADA SEMUA PIHAK

 Kesan dadah kepada individu




Individu yang mengambil dadah boleh terjejas oleh perkara berikut:

  • Individu yang mengambil dadah lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan.
  • Dadah boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi individu yang berisiko.
  • Penagihan dadah yang teruk boleh merendahkan sistem imuniti seseorang dan mereka senang mendapat jangkitan.
  • Pengguna dadah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV/AIDShepatitistuberkulosis dan lain-lain.
  • Risiko jangkitan ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang mengambil dadah secara suntikan sahaja kerana secara amnya kesemua mereka yang mengambil dadah cenderung untuk melakukan perbuatan berisiko yang lain.

Kesan dadah kepada remaja

Pengambilan dadah dari peringkat remaja akan meningkatkan risiko untuk menyebabkan penagihan yang serius apabila umur semakin meningkat. Remaja lebih terdedah kepada masalah fizikal dan sosial berbanding orang dewasa kerana pada masa ini otak dan badan mereka masih sedang berkembang.

Dadah dan alkohol boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak yang mengawal motivasi, memori, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkahlaku. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka yang mengambil dadah dari remaja selalunya akan menghadapi masalah keluarga, masalah di sekolah, keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan di samping masalah kesihatan (termasuk juga kesihatan mental).

Mereka juga akan menjadi cenderung untuk terlibat dalam aktiviti jenayah. Pada umur awal dewasa pula, bahagian korteks prefrontal masih tidak matang sepenuhnya dan mereka yang terlibat dengan dadah akan menghadapi masalah dalam menganalisa situasi, membuat keputusan dan mengawal emosi serta nafsu.

Itulah juga sebabnya kenapa pada umur remaja dan awal dewasa ramai yang tidak dapat menilai risiko dengan baik lalu memilih untuk mencuba dadah. Pengambilan dadah ketika otak dan badan masih sedang berkembang boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk pada masa hadapan.

Kesan dadah kepada keluarga

Antara kesan buruk dadah terhadap keluarga termasuklah:

  • Merosakkan institusi kekeluargaan.
  • Meningkatkan keganasan terhadap ahli keluarga.
  • Masalah sosioekonomi kerana penagih akan menumpukan kepada pencarian dan pengambilan dadah dan mengabaikan keluarga.
  • Ahli keluarga yang lebih muda akan mudah terpengaruh atau dipaksa untuk menggunakan dadah.

Kesan dadah kepada masyarakat

Penggunaan dadah dan penagihan boleh memberikan kesan kepada masyarakat kerana:

  • Kurang produktiviti.
  • Kos diperlukan untuk menangkap dan memulihkan penagih dadah.
  • Peningkatan kos perubatan.
  • Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah.
  • Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIVHepatitis, dan juga Tuberkulosis.


Akibat penagihan dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu:

  • Kesan kepada penagih
  • Kesan kepada keluarga
  • Kesan kepada masyarakat
  • Kesan kepada Negara

Kesan kepada penagih

  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan kepada keluarga

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

Kesan kepada masyarakat

  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

Kesan kepada negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah:

  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

AKTA LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN

 

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas




Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut:

  • Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
  • Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:

  • Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
  • Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan:

  1. Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
  2. Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
  3. Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
  4. Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

InshaAllah, Allah Bersamamu. Usah Sedih

InshaAllah, Allah Bersamamu. Usah Sedih



InshaAllah, Allah Bersamamu. Usah Sedih

Salah satu fasa dalam kehidupan kita, kehidupan yang pasti pernah dialami oleh setiap ‎orang adalah masa-masa sedih dan pedih.

BAHAYA VAPE

 Apa Itu Vape



Seperti yang telah diperjelaskan sebentar tadi, vape merupakan barangan elektronik yang digunakan untuk memasakan cecair yang menhasilkan wap ataupun asap. Ia hadir dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape pula dieknali dengan pelabagai nama samaran seperti ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’, ‘pod’ ataupun ‘Vape Pen’.Komponen yang terdapat dalam vape pula adalah seperti berikut:

  • Saluran untuk mengecas ataupun penyimpanan bateri
  • Takungan untuk menyimpan cecair
  • Komponen untuk memanaskan cecair
  • Kapas atau penapis asap

Bahan kimia ataupun cecair yang diisi ke dalam vape dikenali sebagai jus. Jika bercerita berkenaan dengan kandungan, pelbagai jenis bahan kimia boleh ditambah ke dalam vape termasuklah dadah seperti marijuana. 

  1. Bahan Perasa. Perisa vape memiliki bau atau rasa seakan-akan gula-gula, lolipop serta perisa kordial seperti anggur, mangga dan juga strawberi. Penggunaan perisa yang pelbagai inilah yang menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk mencuba vape ini. Jika ingin ditanyakan tentang kebaikan vape, mungkin hanya pada rasanya yang sedap namun jangan tertipu oleh kerana rasa yang sedap sahaja.
  2. Propilen Gilikon. Merupakan bahan yang diperolehi daripada sisa petroleum dan fungsinya adalah untuk menukar cecair vape kepada wap. Ia tidak memiliki bau namun ia manis dari segi rasa.
  3. Gliserin. Ia merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan berfungsi untuk memberikan ketebalan pada penghasilan wap vape. Ia juga menyebabkan tekak terasa tidak sakit apabila asap vape melalui keronkong seseorang.

Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan yang mana memberi impak negatif kepada kesihatan seseorang yakni kerana bahan tersebut merupakan bahan terlarang. Sebagai contoh:

  1. Nikotin. Nikton merupakan bahan yang bukan sahaja dijumpai dalam rokok namun dalam pelbagai jenis vape. Ia merupakan bahan yang akan memberi kesan ketagihan pada seseorang. Hal ini kerana, ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan.
  2. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH





 CONTOHNYA:


Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah. Di antaranya ialah:-


1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.

3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.

4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutamanya di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan).

5. Dari masa ke semasa menggeletar seperti kesejukkan amat sangat.

6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8. Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga pertuturan susah di fahami.

9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/kesan-penyalahgunaan-dadah/

PUNCA MASYARAKAT MENGAMBIL DADAH

 

Sebab-sebab seseorang mengambil dadah




Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. 

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana:

  • Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
  • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
  • Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  • Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
  • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
  • Masalah dan tekanan rumah tangga
  • Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
  • Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
  • Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.