Seperti yang telah diperjelaskan sebentar tadi, vape merupakan barangan elektronik yang digunakan untuk memasakan cecair yang menhasilkan wap ataupun asap. Ia hadir dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape pula dieknali dengan pelabagai nama samaran seperti ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’, ‘pod’ ataupun ‘Vape Pen’.Komponen yang terdapat dalam vape pula adalah seperti berikut:
- Saluran untuk mengecas ataupun penyimpanan bateri
- Takungan untuk menyimpan cecair
- Komponen untuk memanaskan cecair
- Kapas atau penapis asap
Bahan kimia ataupun cecair yang diisi ke dalam vape dikenali sebagai jus. Jika bercerita berkenaan dengan kandungan, pelbagai jenis bahan kimia boleh ditambah ke dalam vape termasuklah dadah seperti marijuana.
- Bahan Perasa. Perisa vape memiliki bau atau rasa seakan-akan gula-gula, lolipop serta perisa kordial seperti anggur, mangga dan juga strawberi. Penggunaan perisa yang pelbagai inilah yang menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk mencuba vape ini. Jika ingin ditanyakan tentang kebaikan vape, mungkin hanya pada rasanya yang sedap namun jangan tertipu oleh kerana rasa yang sedap sahaja.
- Propilen Gilikon. Merupakan bahan yang diperolehi daripada sisa petroleum dan fungsinya adalah untuk menukar cecair vape kepada wap. Ia tidak memiliki bau namun ia manis dari segi rasa.
- Gliserin. Ia merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan berfungsi untuk memberikan ketebalan pada penghasilan wap vape. Ia juga menyebabkan tekak terasa tidak sakit apabila asap vape melalui keronkong seseorang.
Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan yang mana memberi impak negatif kepada kesihatan seseorang yakni kerana bahan tersebut merupakan bahan terlarang. Sebagai contoh:
- Nikotin. Nikton merupakan bahan yang bukan sahaja dijumpai dalam rokok namun dalam pelbagai jenis vape. Ia merupakan bahan yang akan memberi kesan ketagihan pada seseorang. Hal ini kerana, ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan.
- Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser.
No comments:
Post a Comment