SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

CARA - CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

 CARA-CARA UNTUK MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH




  •   Menjalankan gaya hidup sihat; 
  • Mengadakan kempen kesedaran; 
  • Memperketatkan tidankan undang-undang
  • Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. 



Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. 

Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.

2 comments:

Unknown said...

Ya,para remaja memang perlu dipantau oleh ibu bapa iaitu dengan siapa mereka berkawan dan kemana mereka pergi,kerana kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka dibelakang kita. Selain daripada itu,ibubapa juga boleh mengajak bersama-sama melakukan riadah seperti hiking,jogging,berbasikal dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang mereka supaya mereka langsung tiada peluang untuk melakukan perkara - perkara negatif tersebut.

Cikgu Asma' said...

Saya setuju dengan pandangan saudara/ saudari. Terima kasih di atas pandnagan bernas tuan