Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:
- Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
- Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
- Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
- Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
- Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
- Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
- Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
- Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
- Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
- Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
- Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
- Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment