SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Hari Terbuka AADK Kepada Masyarakat: Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022

 Hari Terbuka AADK Kepada Masyarakat: Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022




Yang Berbahagia Datin sedang membantu menjaga booth pameran PUSPEN Dengkil.


Antara Projek Pertanian di PUSPEN Dengkil.

Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022

Backdated story. Jumaat.27/5/2022. Alhamdulillah terima kasih atas sokongan semua pihak. Berpeluang melihat dan mendengar ceramah bersama Pak Rashid Bani, Survivor yang telah alhamdulillah pulih sepenuhnya dari najis dadah.


Ada rakan sekelas SPADA K10 hadir. Ada juga seniors SPADA USIM dari batch Cohort 4 datang. dan menbeli terus produk kami.
Jualan produk PUSPEN Dengkil sangat laku keras. Bolehlah nanti klien-klien kami dapat gaji dari hasil produk mereka ini. Kami pegawai-pegawai tolong jualkan je.
Secara peribadi. Saya terharu dengan sokongan keluarga klien-klien di sini. Ramai yang hadir memberi sokongan perubahan kepada keluarga mereka.
Momen saat seorang gadis kecil berusia 9 tahun datang ke gerai yang kami jaga.. Anak itu dengan bangga meminta ibunya belikan beg kerja tangan ayahnya. Kemudian membeli pokok yang rakan ayahnya tanam.
Si ibu menurut permintaan anak."Ini papa saya jahit, auntie," kata gadis itu kepada saya. Saya senyum. Suci sungguh anak ini.
Kemudian keluarga klien menyantuni keluarga mereka dengan baik. Saya bersama mereka dan melihat kesungguhan keluarga ingin melihat anak-anak dan suami mereka sihat sepenuhnya.
Bukan calang-calang family yang datang. 😭. Sungguh dadah durjana perosak anak bangsa. Melihat wajah ayahbonfa. Datuk nenek. Dengan ada anak kecil bayi digendong.
Sungguh ini menyentuh hati kecil saya. Suatu pemandangan yang baru bagi saya.
Alhamdulillah saya bersyukur Allah mengurniakan saya pengalaman indah ini. Sungguh jika saya tidak belajar SPADA ini. Saya takkan berpeluang melalui pengalaman ini.
Melihat dan merasai. Cuba emphati. Bukan simpati.Sungguh berat dugaan mereka ini. Modul di PUSPEN ini juga telah menerapkan psikospiritual dalam kaedah rawatan dan pemulihan.


Menurut SV saya di sini. Modul di sini banyak dibantu oleh Pensyarah-pensyarah USIM semenjak awal kewujudan program SPADA beberapa tahun dahulu. Khususnya oleh Yg Berbahagia Dato Abdul Halim, Ustaz Khairi dan kemudian oleh Yg Berbahgia PM Dr Isa. Juga SB ada sebut Dr Farhana Sabri.
Ahli keluarga yang hadir tidak lupa membawakan ketupat. rendang, ayam masak merah dan pulut kuning untuk kami di Bahagian Pemulihan..
Alhamdulillah terima kasih kepada ahli keluarga klien PUSPEN Dengkil. Sedap-sedap semuanya makanan yang mereka berikan kepada kami.
Terima kasih atas doa insan-insan positif semua. ❤️❤️❤️❤️














Bersama Pak Rashid Bani, Survivor yang telah alhadulillah pulih sepenuhnya dari najis dadah.


Bersama tokoh dan pemimpin masyarkat Dengkil.





Antara penerangan gambar:
1) Penerangan projek inovasi di PUSPEN ini . Datin yang bantu kami dan turun padang bersama kami. Yayasan Inovasi Malaysia membantu projek PUSPEN Dengkil ini dengan idea oleh Yg berbajagia Datin.
2)Terima kasih Faz, SPADA USIM Cohort 10 (PDRM) hadir ke booth kami.
3) Team muzik bersama Mr Wai nak pergi pentas utama

No comments: