SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bahaya Dadah

 Bahaya Dadah



  Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.




Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah.

 Perangi dadah habis-habisan.

  Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat dan harus dibendung dengan segera terutamanya dalam kalangan belia. Golongan yang dianggap sebagai pemimpin pada masa depan lebih banyk cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. 

Telah timbul pelbagai persepsi bahawa negara ini telah gagal mengurus kan masalah penagihan dadah akibat peningkatan jumlah penagih dari tahun ke tahun. Oleh itu hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedai ada amat dialu-alukan.

Semua pihak diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Selain itu hasrat Malaysia untuk menjadi Negara bebas dadah 2015 akan berjaya jika di usahakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

No comments: