SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Dasar Dadah Negara Teras 1: Pendidikan Pencegahan

Dasar Dadah Negara: Teras 1-Pendidikan Pencegahan.

 Jom Bina Keluarga Bahagia Sekolah Sejahtera Masyarakat Harmoni


Dasar Dadah Negara

Teras 1: Pendidikan Pencegahan 

Konsep

Pencegahan merujuk kepada usaha-usaha untuk melindungi (in protect) menangguh dan melakukan intervensi individual daripada masalah dadah dengan meningkatkan kemahiran sosial, daya tahan dan mempromosi kefungsian hidup yang sihat.

Selamat Datang ke SMK Tuanku Muhammad (TMS) Blog PPDA

 Selamat Datang ke Tuanku Muhammad School Blog PPDA 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua telah melayari web blog PPDA SMK Tuanku Muhammad (Pendidikan Pencegahan Dadah, SMK Tuanku Muhammad), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad terletak di Km 2 Jalan Tampin, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

No telefon sekolah ini 064811030. 
No Faks sekolah ini: 064819043
Email sekolah NEB1081@moe.edu.my

Pada Mac 2022, Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah ini terdiri daripada:
1) Puan Bibi Farhana Binti Ahmad
2) Cik Siti Norkiah Binti Azmi.

dan seorang guru merangkap pelajar SPADA USIM Cohoirt 10 iaitu Puan Asma' bt Ahmad.


Puan Bibi Farhana



Cik Siti Norkiah, bersama PRS TMS

Jom Hidup Sejahtera Tanpa Dadah, 7 Tips Hidup Sihat Cara Nabi Muhammad SAW

 

Jom Hidup Sejahtera Tanpa Dadah, 

7 Tips Hidup Sihat Cara Nabi Muhammad SAW 



Assalamualaikum dan  Salam sejahtera.  Moga anda semua dipayungi dengan rahmah dan kasih sayang Allah SWT. Sedikit perkongsian untuk kita bersama pagi ini. Islam amat menitikberatkan kesihatan. Dan, sudah tentu orang yang paling sihat di dunia ini ialah Rasulullah SAW. 

Tips menjaga kesihatan mengikut gaya Nabi Muhammad SAW patut kita ikuti.

Jom Bersama Kita Pilih Hidup Sejahtera

Jom Bersama Kita Pilih Hidup Sejahtera









Sesebuah masyarakat progresif tidak dapat dicapai tanpa mengambil kira masyarakat yang sejahtera. Sejahtera bermaksud aman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana seperti kesusahan, gangguan dan sebagainya.

Kesejahteraan yakni aman dan makmur adalah bukti kemurahan Allah SWT menurut Surah Saba’ ayat 15: 

Jom Teruskan Belajar Demi Masa Depanmu

 Jom Teruskan Belajar Demi Masa Depanmu


Masa depan merupakan suatu misteri yang tak diketahui manusia. Manusia sama sekali tak mengerti mengenai nasib, karier, jodoh, hingga usianya di kemudian hari. Tugas manusia hanya sebatas berusaha dan berdoa kepada Tuhan dengan sepenuh hati.

Bagi anak-anak yang masih di alam persekolahan dan seorang Muslim, sedarilah, anda hadir dan belajar di sekolah jua adalah ibadah yang mulia.

Hari Terbuka AADK Kepada Masyarakat: Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022

 Hari Terbuka AADK Kepada Masyarakat: Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022




Yang Berbahagia Datin sedang membantu menjaga booth pameran PUSPEN Dengkil.


Antara Projek Pertanian di PUSPEN Dengkil.

Pengalaman Melihat dan merasai suasanan Hari Terbuka Antidadah Kebangsaan 2022

Backdated story. Jumaat.27/5/2022. Alhamdulillah terima kasih atas sokongan semua pihak. Berpeluang melihat dan mendengar ceramah bersama Pak Rashid Bani, Survivor yang telah alhamdulillah pulih sepenuhnya dari najis dadah.

Bahaya Dadah

 Bahaya Dadah



  Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.

TANDA - TANDA PENAGIHAN

 

Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah




Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:

DI SEBALIK TABIR PROGRAM BLOG PPDA SMK TUANKU MUHAMMAD

 DI SEBALIK TABIR PROGRAM BLOG PPDA SMK TUANKU MUHAMMAD


CARA - CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

 CARA-CARA UNTUK MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH




  •   Menjalankan gaya hidup sihat; 
  • Mengadakan kempen kesedaran; 
  • Memperketatkan tidankan undang-undang
  • Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. 

UNDANG - UNDANG DADAH

 

Undang-undang dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua aktiviti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. 

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. 

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan & Pemulihan 1983 – Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut:

  • Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
  • Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian: 

  • Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
  • Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam: 

  • Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
  • Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian: 

  • Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  • Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah:

  • Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan : 
  • Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
  • Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Seksyen 7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret. 

Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang: 

  • Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang. 
  • Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
  • Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
  • Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
  • Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui:

  • Mengesan
  • Membeku
  • Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah:

  • Seksyen 39B ADB 1952
  • Seksyen 6(1) ADB 1952
  • Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Webinar Intervenai Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2022

 ðŸ”´WEBINAR INTERVENSI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 21 Jun 2022(Selasa)

Masa : 2.00 petang hingga 4.30 petang

Modul 1: Penceramah I (UMS)

Pengenalan Kepada Masalah Ketagihan, Jenis-jenis Ketagihan dan Kesannya Kepada Fisiologi Manusia


Modul 2: Penceramah II (UMS)

Keluarga Bahagia Sebagai Pendekatan Holistik Dalam Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Gam dan Bahan Terlarang

Pautan : https://tinyurl.com/webinarppda2022   

Saluran Youtube : https://youtu.be/Oc8M8idS2Cs


Tarikh : 22 Jun 2022(Rabu)

Masa  : 2.00 petang hingga 4.30 petang


Modul 3: Penceramah III (PUSPEN)

Mengenalpasti Modaliti Rawatan Pemulihan dan Pencegahan Ketagihan


Modul 4: Penceramah IV ( UKKM, HEM JPN Sabah ) Intervensi Murid Mencuba Dadah*

Pautan : https://tinyurl.com/webinarppda2022    

Youtube : https://youtu.be/i4CH2NAY1fc


Pautan kehadiran akan diberi mengikut setiap slot bagi memudahkan tuan/puan mengikuti webinar ini. Kehadiran akan didaftar SPLKPM.

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)

 

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY) 

 

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Khusus untuk pelajar di sekolah, marilah sama-sama kita hindari diri kita dari terjebak ke  kancah najis dadah dan pergaulan seks bebas. 

Pada entry ini, saya sertakan pengakuan seorang Hamba Allah (kisah benar) dan telah mendapat keizinan tuan punya kisah dan tuan punya blog akuhivpositif untuk saya publishkan pengalaman beliau bagaimana akhirnya beliau disahkan pembawa HIV Positif.

KESAN DADAH KEPADA SEMUA PIHAK

 Kesan dadah kepada individu




Individu yang mengambil dadah boleh terjejas oleh perkara berikut:

  • Individu yang mengambil dadah lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan.
  • Dadah boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi individu yang berisiko.
  • Penagihan dadah yang teruk boleh merendahkan sistem imuniti seseorang dan mereka senang mendapat jangkitan.
  • Pengguna dadah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV/AIDShepatitistuberkulosis dan lain-lain.
  • Risiko jangkitan ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang mengambil dadah secara suntikan sahaja kerana secara amnya kesemua mereka yang mengambil dadah cenderung untuk melakukan perbuatan berisiko yang lain.

Kesan dadah kepada remaja

Pengambilan dadah dari peringkat remaja akan meningkatkan risiko untuk menyebabkan penagihan yang serius apabila umur semakin meningkat. Remaja lebih terdedah kepada masalah fizikal dan sosial berbanding orang dewasa kerana pada masa ini otak dan badan mereka masih sedang berkembang.

Dadah dan alkohol boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak yang mengawal motivasi, memori, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkahlaku. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka yang mengambil dadah dari remaja selalunya akan menghadapi masalah keluarga, masalah di sekolah, keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan di samping masalah kesihatan (termasuk juga kesihatan mental).

Mereka juga akan menjadi cenderung untuk terlibat dalam aktiviti jenayah. Pada umur awal dewasa pula, bahagian korteks prefrontal masih tidak matang sepenuhnya dan mereka yang terlibat dengan dadah akan menghadapi masalah dalam menganalisa situasi, membuat keputusan dan mengawal emosi serta nafsu.

Itulah juga sebabnya kenapa pada umur remaja dan awal dewasa ramai yang tidak dapat menilai risiko dengan baik lalu memilih untuk mencuba dadah. Pengambilan dadah ketika otak dan badan masih sedang berkembang boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk pada masa hadapan.

Kesan dadah kepada keluarga

Antara kesan buruk dadah terhadap keluarga termasuklah:

  • Merosakkan institusi kekeluargaan.
  • Meningkatkan keganasan terhadap ahli keluarga.
  • Masalah sosioekonomi kerana penagih akan menumpukan kepada pencarian dan pengambilan dadah dan mengabaikan keluarga.
  • Ahli keluarga yang lebih muda akan mudah terpengaruh atau dipaksa untuk menggunakan dadah.

Kesan dadah kepada masyarakat

Penggunaan dadah dan penagihan boleh memberikan kesan kepada masyarakat kerana:

  • Kurang produktiviti.
  • Kos diperlukan untuk menangkap dan memulihkan penagih dadah.
  • Peningkatan kos perubatan.
  • Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah.
  • Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIVHepatitis, dan juga Tuberkulosis.


Akibat penagihan dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu:

  • Kesan kepada penagih
  • Kesan kepada keluarga
  • Kesan kepada masyarakat
  • Kesan kepada Negara

Kesan kepada penagih

  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan kepada keluarga

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

Kesan kepada masyarakat

  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

Kesan kepada negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah:

  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.